Awesome is Awesome



Just a Little Trip #1
Sunday 24 February 2013@Sunday, February 24, 2013
ASSALAMUALAIKUM ..

busy busy busy , pepagi dah buat kerja dalam rumah nie entah pape berterabur sana sini aku pun pening . terpaksa la aku jugakk yang kemaskan , dah takde sape dah anak dare dalam rumah nie selain aku . so sebelum aku buat entry nie tadi aku buat je kerja yang ade . tolong mak masak sempat lagi tau . lepas tu tengok drama korea "city hunter" walaupun menatang tu dah berjuta tahun lalu dah dalam tv kan . ingat nak buat entry nie lepas bukak mata haaa . memandangkan abang aku yang dari pagi tadi dah depan laptop jadi aku takde peluang la nak buat benda nie .

so back to the main topic . for the past few days , aku pergi Mukah . kalau korang tak tahu mane Mukah . search dalam google map . pergi Mukah bukan nak berfoya foya k . kita orang ikut mak . dia kan masih lagi bekerja so , aku , bapak ngan abang ikut sekali . memandangkan aku pun takde kerja , so kami pergi sekali . lagi pun abang aku belum bekerja then aku pulak belum sambung study lagi . tu je peluang . lagi pun kita orang nak pergi rumah cousin kat Igan then terus pergi Mukah nak ziarah mak cik aku kat sane .

kita hari tu pergi Mukah kena pergi Daro dulu . nak pergi Daro kena naik 2 buah feri tau . tunggu feri tu kemain lama . bapak aku boleh je tumbuh janggut baru kat dagu dia .  kalau boleh kita nak ikut Sibu tak tunggu feri . disebab mak ada kerja nak di bereskan . kita singgah sekejap kat Daro .

yang nie kita tengah tunggu feri

lepas tu kite orang terus direct pergi Igan . cousin aku kat Igan . dia baru je dapat baby baru . baby girl lagi . sebelum nak pergi Igan kite kena jugakk tunggu feri . nasib je feri yang nie ade dua . yang satu nak pergi Igan , yang satu lagi nak pergi balik ke Matu . sebab feri nie kat Matu . dia macam dua trip lahh .

yang nie aku ambik dalam feri tu . entah ape yang terapung tu . seram je kan haha xD

keluar je dari feri tu sampai la Igan . dari tempat feri tu tak jaoh dengan rumah cousin aku . aku nie yang terlebih excited nak tengok anak buah baru aku tu .

Nur Aini Izzati . newborn . born on 1st February 2013

comel je kan . sebenarnya dia yang bongsu . kot . kalau mak dia tak beranak lagi la . yang sorang lagi anak buah aku nie , dia perempuan jugakk . comel je tengok dia haritu . tapi dia nie malu malu . malu konon kang aku cubit menangis . dia nie tak pandai nak duduk diam. ade je dia nak buat . aku kejar dia , dia lari balik . main kejar ngan budak budak . nasib je aku nie kuat lari nak berlari kan . kalau nenek dia kejar pengsan orang tua tu kejar *k tak lawakkk . 

Nur Aina Fatihah . tu kasut abang dia yang pakai tu -..-' 

susah tau nak ambik gambar budak nie . mula mula dia taknak tengok camera . aku paksa gakk haha dia nie excited kalau bergambar . *kecik kecik dah gila glamour kan haha mula mula memang dia malu tapi selepas 15 minit mula lah . mintak ambik gambar . hampir full memory camera . gambar dia je dalam tu .

k itu excited . tengok gigi dia haha

lepas tu aku cakap kat dia

"udak nak ambik adik aina"

"jangan!"

"lepas ni udak nak bawak pergi Mukah"

laju je dia pergi dekat adik dia tau dah macam kilat nak menyambar pokok kelapa *itu bohong HAHA sayang jugak dia kat adik dia kan . nasib je abang aku halang dia kalau tak habis lah adik dia kena hempap badan dia tu . bukan ringan badan dia , aku pun tak larat nak angkat .

dah lama kat rumah tu , kita orang pun sambung balik pergi Mukah . dalam 45 minit camtu sampai dahh . sebelum sampai Mukah korang akan limpas Dalat and Oya . 

nota : kalau nak pergi Mukah boleh dari Sibu or dari Daro . udak tu kira pangkat aku lahh .